News & Events
News & Events 2025

Bagai Sirih Pulang ke Gagang, 20 alumni staf UMPSA kembali ke kampus jayakan Program ALAM@UMPSA 2025
PEKAN, 27 Feb 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dikunjungi seramai 20 alumni staf yang terdiri daripada mantan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, dekan, pengarah-pengarah dan staf pengurusan serta pentadbiran yang pernah menyumbang bakti di universiti ini. Mereka yang hadir, Naib Canselor ketiga, Profesor Emeritus Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor kelima, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Rektor dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) pertama, Profesor Emeritus Dato’ Ts. Dr. Mortaza Mohamed, mantan Pendaftar, Dato' Haji Saudi Haji Ahmad, Datin Sri Fazia Ali serta lain-lain yang dirai.

16 peserta AEF2025 selamat tiba di Malaysia untuk menjalani Program Mobiliti UMPSA
GAMBANG, 19 Feb 2025 – Seramai 16 peserta antarabangsa dari Indonesia, Vietnam, Filipina, Kemboja dan Thailand selamat tiba di Malaysia bagi menyertai program ASEAN Student Mobility Programme sempena ASEAN Universities Exhibition and Forum 2025 (AEF2025). AEF2025 merupakan program anjuran Education Malaysia Global Service (EMGS) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) sempena kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025.

UMPSA bersihkan Pantai Lagenda sempena Program Gaya Hidup Sihat
PEKAN, 18 Feb 2025 – Seramai 25 orang peserta dalam kalangan staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai Program Gaya Hidup Sihat PTVET Siri 1 anjuran Pusat TVET (PTVET) Termaju UMPSA di Pantai Lagenda, Kuala Pahang baru-baru ini.
Antara aktivit yang diadakan adalah Fun Ride dan aktiviti pembersihan pantai (plogging).
Para peserta turut berbasikal sejauh 4 km dari bangunan Kilang Pembelajaran, PTVET hingga ke Pantai Lagenda diiringi Bahagian Keselamatan UMPSA.
Pada masa yang sama, para peserta meneruskan program dengan melaksanakan aktiviti plogging.

100 sukarelawan UMPSA, TMB, SWCorp dan Alam Flora bersihkan Pantai Cherok Paloh sambil plogging
KUANTAN, 23 Ogos 2024 – Seramai 100 orang peserta merangkumi staf dan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Tanah Makmur Berhad (TMB), SWCorp Cawangan Pahang dan Alam Flora menyertai Program Plogging UMPSA x TMB yang telah diadakan di Pantai Cherok Paloh, Kuantan baru-baru ini.

UMPSA jalin kerjasama kelestarian bersama Tanah Makmur Berhad
KUANTAN, 26 Jun 2024 -Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Tanah Makmur Berhad (TMB) serta perkongsian oleh Ketua Pegawai Eksekutif TMB, Dato' Shahrul Nizam Abdul Aziz telah berlangsung di Dewan Bankuet UMPSA Pekan baru-baru ini.
Memandangkan TMB merupakan 'champion' dalam Agenda Environment, Social, Governance (ESG) di Pahang, Pusat Pembangunan Kelestarian UMPSA telah menggunakan peluang ini untuk berkolaborasi dalam bidang ESG bersama industri.
Solidariti pelajar antarabangsa UMPSA dari 13 buah negara sertai international SDG Run demi matlamat pembangunan lestari
KUANTAN, 8 Jun 2024 - Program Pahang International SDG Run anjuran Pusat Hubungan Antarabangsa (PuHA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Pahang telah berlangsung di Pantai Sepat, Kuantan pada hujung minggu yang lalu.
Program itu diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti larian.

Free Market UMPSA kongsi rezeki menjelang Aidilfitri
PEKAN, 26 Mac 2024 - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kelestarian, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Residen Pelajar, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan program Free Market di Pekan dan Kampus Gambang selama dua hari berturut-turut.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed dan Pengarah Pusat Pembangunan Kelestarian, Dr. Suhaidah Hussain.

UMPSA edar bekas makanan percuma jayakan Kempen Inisiatif Kelestarian
PEKAN, 19 Mac 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengedarkan bekas makanan sebagai usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan warganya terhadap usaha menjaga alam sekitar bagi menjayakan Kempen Inisiatif Kelestarian seiring untuk merealisasikan hasrat universiti ke arah Kampus Lestari.
Hadir mengagihkan bekas makanan secara percuma itu, Pengarah Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Dr. Suhaidah Hussain di Perkarangan Bazar Ramadan UMPSA Pekan.

Pusat Pembangunan Kelestarian SDG/ESG berkunjung ke Tanah Makmur Berhad (TMB)
KUANTAN, 1 Februari 2024 – Delegasi daripada Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC) dan Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah baru-baru ini telah berkunjung ke Tanah Makmur Berhad (TMB) di KotaSAS Kuantan.
Menurut Pengarah SDC, Dr. Suhaidah Hussain, kunjungan ini adalah untuk membincangkan agenda kelestarian dan ESG yang boleh dijalankan bersama dengan TMB.