
Selamat Datang ke Pusat Pembangunan Kelestarian UMPSA!
Pusat Pembangunan Kelestarian UMPSA atau lebih dikenali sebagai SDC telah ditubuhkan pada bulan Disember 2023. SDC ini berperanan untuk menjalankan program inisiatif berkaitan kelestarian di dalam dan luar universiti.
Melalui Pelan Tindakan Kampus Lestari UMPSA 2022-2025, terdapat 6 kluster telah dibangunkan seperti infrastruktur, air, sisa buangan, tenaga dan perubahan iklim, pendidikan dan kajian serta pengangkutan. Sebanyak 42 strategik inisiatif telah digariskan untuk dijalankan oleh semua kluster dalam tempoh 5 tahun. Pelan tindakan ini juga menyokong kepada penarafan UI Green Matric, THE Impact Ranking dan QS Sustainability. UMPSA juga tidak terkecuali untuk menyertai pengiktirafan Low Carbon Cities Framework (LCCF) dan Sustainable Energy Development Authority (SEDA). Seiring dengan keperluan pelaksanaan Net Zero Carbon 2030, UMPSA komited dan berusaha untuk mencapai sasaran tersebut.
SDC juga menyelaraskan pelbagai program bersama komuniti, agensi, industri dan institusi dalam dan luar negara. Di samping itu, SDC juga berperanan melihat kepada pelaksanaan dan pemetaan ESG bersama 17 SDGs. Beberapa program kolaborasi pembangunan modul ESG telah dijalankan bersama UMPSA Advanced dan HRD Corporation.
Semoha inisitaif kelestarian yang dijalankan diperingkat UMPSA sedikit sebanyak membantu ke arah negara yang lebih mampan pada masa akan datang.
Dr. Suhaidah binti Hussain
PENGARAH
#sdcumpsa
#sustainabilityumpsa
#sustainabilityleadstechnology
#UMPSAMalaysia